Thursday 25 August 2011

farewell 4 chekgu praktikal..

sok adelah ari terakhir chekgu praktikal kat sekolah ni...sedih gak dah hampir 3 bln dorang join us under unit pendidikan khas...actually x bt majlis grand2 pun..just cikgu ajak budak2 berkumpul dlm kelas...dan bt ucapan sikit2..


ni la cikgu practikal yg aku maksud kan...
yg baju biru ni chekgu noor izanluddin b mazlan...dia ni little bit pemalu...tp bile da lama2 sikit dia ok jer
yg baju hijau tu lak namenye chekgu abdul fatah fahmi b abdul rahaman....sgt senang dengan dia sbb sikap dia yg mudah mesra dan peramah..
dorang ni still pangkat adik2 jer....
ni lak ade la sikit gambar2 yg aku capture utk di simpan jd kenangan...


semoga dia berjaya dlm kerjaya nyer...amin..

Thursday 11 August 2011

10 August 2011 ( my hubby besday )

harini besday en somi yg ke 33...


hepi besday 2 u..
hepi besday 2 u...
hepi besday 2 en somi...
hepi besday 2 u....



semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yg baik, dan keluarga yg bahagia...


pergh...siap nyanyi2 lg ngan amsyar...

tengah aritu pegi ke tesco semenyih, ke king's bakery shop...ecece...g mengusha2 cake konon nya..dan terjumpa dan terbeli la cake yg dah di tengok2 tu..ni la dia cake nyer...
ni la dia cake nyer...simple jer..tu tangan si danish...yg dah x sabar2 nak memotong cake..heeh

ni ade lg satu masalah nyer...huis..pose sungguh 
telinga pekerja king yg melayan aku tu....mane x nyer...en somi aku umornya dah masuk 33...tp tgklakat caketu..ade ke patut dia tulis 23..huish sungguh muda en somi ke itu...heheh..takpe la yer b...janji kite dpt celebrate bersame2...

ni la dia wajah2 kesayangan hamba...hehhe..wajah ceria memotong cake..




si permata hati aku pun mengjoin kan diriuntuk meniup sekali cake tu..dia bajet tu cake dia...


xpela syg..next year besday danish pulak tau...

Wednesday 3 August 2011

cameron highlands

cameron highlands (29,30 & 31 July 2011)

sebelum memula story morery..aku nak ucap salam ramadhan buat semua...
actually ari jumaat lepas aku g jenjalan bw family ke cameron highlan...saje la bw amsyar g jenjalan...jarang2 sgt bleh bw dia g jenjalan sebabnya kenkangan waktu dan ketidakstabilan ekonomi kami..
seronok betul dia,mane tidaknya...dia dpt petik strawberry lg..


hihi...xbyk tempat sgt yg kitorang pegi..sebabnya kat sana cuaca x brapenak cni antik...kitorang singgah gak ke butterfly farm..amsyar takut tgk butterly yg agak besar tu...slalu tgk yg kecik2 jer...cepat jer dia nak keluar...amik gambar pun cnak dekat2...


ok la eh..nanti ade mase nak smbung story lg..nak pg meeting plak..
chow babe..

kelebihan bulan Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN 
 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.