Tuesday 13 December 2011

penat jari jemari

cerita untuk arini berkaitan ngan tajuk diatas...arini sehari suntuk duduk buat bahan bantu mengajar...cuti sekolah tinggal 3minggu jer lg...aiiyaakkk cepat nye mase berlalu...keje ape pun blum buat lg...aiseh...bile la bleh nak setel ni....( berbalikpada cerita eh )...pagi td akuda siapkan bahan abm aku....mengnal nombor 11 hingga 20...idea tupun dtg mase cuti aritu...bosan melepek je kat umah,so idea tu yg dpt aku buat...so pg ni satu bab da setel...lg ape nak buat yer...aku pun menggoogle la bahn yg ade...sambil2 mengoogle dpt 1 lg idea...buat pekerjaan pulak...so carik la gambar...jumpe dah.....yesss...1 lg idea munculll....ape lg...edit mengedit...taip menaip...siap.......print...dan mula la agenda mewarna......aku dok kaler guna pensel warna je...bukan telampu rajin eh...syg kat ink printer skolah ni...sok2 nak guna xde ink pulak..jd start dr pukul 12 td smpi la ni aku dok mengaler lagi ( tipu la tu ) klu skrg tengah kaler cemane lak aku nak taip ye dak...maksudnyer  maybe dlm 10min yg lepas aku stop mengaler...pedih tgk kaler yg ade kat sekolah ni....mane xnye..12warna jer ade...jd aku pun amik keputusan menyetop kerja untuk arini...sokaku akn bawak kaler aku yg 36 batang tu dtg sekolah...gerenti semangat mengaler akan membuak2...korang jgn igt aku yg da umo 28 tahun ni xde kaler okey...hahah aku beli tu pun sbb kes2 mcm ni la....
uishh..da nak blk dah ni...ok la chowww...
assalamualaikum...

Monday 5 December 2011

Perkara Sunat Hari Asyura

Tarikh Hari Asyura (10 Muharram 1433H/6 Disember 2011)
Berikut adalah 14 perkara yang sunat untuk dilakukan oleh orang Islam apabila menjelangnya hari Asyura ini.
1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah.
Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat.
Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
6. Bersedekah.
Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat.
Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
9. Bercelak.
Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X.
Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat.
Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa.
Fadilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

Sunday 4 December 2011

Pekeliling Gaji SBPA 2012

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :
Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :
  • Ketua Setiausaha Negara – RM50,ooo
  • Premier – RM40,000
  • Jusa C – RM12,000
  • Pengurusan & Profesional – RM6,000
  • Pelaksana – RM3,000
Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. Ini dilakukan supaya tiada masalah untuk akses ke laman JPA akibat dari aliran trafik yang masuk ke laman JPA secara serentak.
Berikut adalah senarai pautan Pekeliling SBPA mengikut kementerian :
** Setakat 4/12/2011 : Pautan Pekeliling SBPA tersebut masih belum beroperasi dan akan mula dipaparkan sebaik sahaja mendapat kelulusan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa

jiran oh jiran...

br je siap masak utk mkn malam....menu nye simple jer...sayur bayam rebus..sambal sotong ngan ikan goreng jer...
berbalik kpd tajuk kat atas tu...haaaa...ni la nak story ni....
dr aku mula masak aku terjeling2 kat umah jiran aku tu...bkn aku bt ape pun dan bkn jugak nak menyibuk2...aku terpandangkan ank2 jiran aku tuh...seronok dorang main air...abes disimbah2 nye air kat kakak nyer....pastu si adik pulak menyimbah2 air kat kakak...sambil dok membersih sotong tu...terlintas gak kat kepala ni...mane la pg mak bebudak tu...abis la klu dia nampak ank2 dia tgh main air camtu....
malas nak pikirkan bebudak tu...aku pun nyambung la masak...ntah la dah bape minit aku kat dapur tu....terdengar la aku kat sore mak dorang yg "lemak merdu" tu....hadoi~~~dlm hati aku dah terdetik...abis la korang bebudak....
mmg sah la bebudak...abis la korang kali ini.....fuuuuhhhhh...dgn telinga2 aku skali paneh je dgr...mak aih...panjang giler meleter...xpenat ke akak oiii....sy yg tfh mask ni pon cam dah nak tercabut cuping telinga nih....jelas betul kat pendengaran aku ni ape yg di leterkan akaktu....ank akakni pun satu, dah syok2 main air tu jgn lak lupe ape yg mak korang soh buat.....rupe2nye mak dorang soh bersihkan taik kucing kat luar umah tu...tp tah cemana dorang leh lupe lak nak bersihkan menatang tu...kannnnn korang da kene bising....bukan korang je terseksa...acik ni pon telabit skali dlm masalah korang ni.....
dalam 1/2 jam aku kat dapaur ni...mak dorang xberhenti2 bising....klu la mak dorang ni baye2 aku....da lama aku soh mak dorang senyap...gila gaban mak dorang nih...hebat betul meleter....smpi aku rase kelape otak aku ni penuh giler dgn suara mak dorang...
akudah xboleh tahan ni......ape lg aku pun mempercepatkan kayuhan tangan aku utk memasak....dan......setel....fuhhhhhh...siap....dan aku pun.......cabot dr dapur tu.....azan maghrib pun dah berkumandang...aku pun siap2nakmasukbilik air mandi...aku igt mestimak dorang dah setel marahkan dorang...rupenye sangkaan aku meleset....nyanyian masih lg xberhenti2...mmg sah mak bebudak nih pakai bateri energizer agaknye....dlm tgh aku syok2 mandi uh ( jgn lak korang imagine lak yer ) sesambil tu aku terpaksa la dengar mak dorang menyanyi...penat seyh dengar mak dia menyanyi....

##DASYAT BTL LA ORG ITU....TERDERA AKU DENGAN LETERANMU ARI INI...bykkan bersabar yer kak...besa la ank kan...budak2 lg...mcm2 la perangai nyer...buat penat akk jer meleter...nanti kene cas bateri manakan tidak...2jam bising tanpa henti...uhuk..uhuk..uhuk..aku pun boleh batuk jadinyer..

Tuesday 29 November 2011

Rayuan Ibu Khairul Fahmi Che Mat | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

Rayuan Ibu Khairul Fahmi Che Mat | Oh! Artis | Dunia Gosip dan Hiburan Selebriti Tempatan

khairul fahmi ohhh khairul fahmi

fuhhhhhh..... panas betul tajuk diatas...heheh...bukan skendel eh...hahah...
name kat atas tu adalah sekadar player bola sepak yg aku minat...minat dia pun sejak 2 menjak aritu la..seke sgt bile tgk dia grab bola..fuishhhh...hebat...nak dijadikan cerita, aku menge"surf" mencari cerita2 yg boleh di baca ttg fahmi ni....surf punye surf sampi ke satu cerita aku ternampak pasal dia putus tunang...gile ke hape aku..punye la xtau cerita pasal dorang putus tunang...

dan nak dijadikan cerita lg, aku terjumpa blog ex-fiance nyer...jd aku pun menge'surf' blog bekas tunang nye...cantik dan comel orang nyer...nape la dorang boleh putus...itu lah takdir namenya..dan tentu ade hikmahyg terbaik buat elia...itu ler gerangan orangnya yg dok ari2 aku bace entry2 dia....jejariruncing.blogspot.com.... (maap le elia..akk amik gamba ni tanpa permission )...harap pasni ramailg nak baca entry elia..mmg best.....


aku suke baca entry dia dr dia awal2 membelog...dan smpi lah ke cerita dia putus tunang...aisehhh~~aku jadi sebakla....walaupun aku xkenal dia...dia...lg la xkenal aku..tp aku rase sedih sgt atas keputusan fahmi memutuskan ikatan itu...dalam kepala dok terpikir...kenapa???..mengape???...bigini akhirnya.....aku lak over sedih...sedih la ko sorang2..dah tentu elia kat sana tabah menghadapi segala rintangan dan cubaan yg telah belaku kat dia...dan smpi ke hari ini aku cam xleh nak terima kenyataan tentang cerita ini...walaupun korang kate cerita aku ni dah basi...aku sedeh sgt..lg2 ble aku ade tgk video dorang dalm setelkahwin.com...bahagia gile masa tu....

kan best klu satu hari nanti dorang boleh bersatu kembali...besnyer...tp tu semua mungkin xkan berlaku...tp...manala tau ade miracle...aku la yg paling gembira....ishk3....
ape2pun semoga cikjejariruncing akan sentiasa tabah menghadapi rintangan dan dugaan ini....and now....aku dah mula terjebak dan ternanti2 cerita terbaru dari elia....dan aku rase bukan aku jer yg tertunggu2...beribu2 lg yg ternanti2..

dah la jgn la ko nak merepek2 sgt...kang terover luah perasaan, kene sue lak aku nanti...xnakkkkk...
bukan ape aku lebih suke sgt...sgt..sgt..sgt klu fahmi dan elia...lebih baik dr yg si baru itu....iskh..iskh..iskh..sabor untuk diri sendiri la yer...

ape2pun terjadi antara mereka..aku ttp sokong fahmi atas karier sukannyer...dan aku ttp sokong elia atas kerja penulisan nyer...


#aiseh...buleh lak nak mengupload pic fahmi ni....len kali la jawab nyer

Friday 18 November 2011

masakan kampung vs western food = blurpppp

masa : 8.00pm ~ 10.00pm
lokosi : aunty aini garden cafe, nilai

arini aku sefamily kuar g mkn malamkat satu tempat yg menarik kat nilai...name restoran tu seperti diatas...ni kire first time aku ke sane..adik aku la yg suggest tempat ni...mmg terbaik la masakan kat sini dgn suasa yg tenang menamaikan..mmg syok...arini kitorang sume mkn kedua2 sekali...makanan kampung makan...western food pun kitorang sape gak...

menu utk arini :
1- chicken chop
2- roasted chicken
3- Meatball Spegethi
4- Gulai Masak lemak cili api - daging salai
5- asampedas ikan merah
6- kerabu pucuk paku & taugeh
7- telur dadar
8- sambal belacan & ulam-ulaman

penyejuk tekak lak :
1- Barli ice
2-Milo ice
3- Lime Tea ice
4- Peach Tea ice
5- Kiwi ice
6- Nescafe ice
7- sky juice ( air paling mahal sekali ) =)

mmg terbaik la kat sini...mesti kene pg lagi nih...hehe..
ni ade sikit aku snap gambar kat sane..jom tengok..









Thursday 13 October 2011

resepi kek lapis bumi

ade mase cuba la yer...mesti sedapnye la...resepi ni pun saya ambil dr tuan punye blog yg suke bt kek lapis ni...


kek lapis bumi

Bahan-bahan

  • 450g Mentega SCS
  • 1 Cwn gula halus
  • 2 Cwn tepung gandum
  • 10 Biji telur
  • 1 Tin sederhana seri kaya
  • 1 Tin kecil susu pekat manis
  • 1/2 Cawan serbuk nescafe
  • 1 Sudu makan esen vanilla
  • Sedikit Pewarna Hijau
  • Sedikit Pewarna Kuning

Cara-cara

  1. Pukul mentega dan gula halus sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu-persatu
  3. Masukkan esen vanila
  4. Masukkan seri kaya dan susu pekat manis dan diadun sekata..
  5. Setelah itu,masukkan pulak tepung gandum
  6. bahagikanlah kpd 3 bahagian..
  7.  (i)warnakan hijau (ii)warnakan kuning (iii)masukkan serbuk nescafe dan gaul rata,
  8. Ambil  1 cawan adunan hijau,kukus di dalam loyang yg sudah disapu dengan mentega, kukus sehingga adunan tidak cair
  9. Ambil 1 cawan gak adunan kuning ,kukus lagi. Diikuti adunan nescafe.Ulang sehingga adunan habis
  10. Masak selama 1jam-1stgh jam selepas lapisan terakhir dikukus.

resepi puding trifles

ni dia resepi yg aku nak share ngan korang...klu rajin try la...sedap....lg sedap klutimeharipanas...sejuk je puding nilalu kat tekak


jom tgk bahan2 dan cara buat...


ini la hasilnye..maap la yer...aku xde mangkuk yg cantik2 la...so aku masuk jer dlm bekas ni...










Bahan-bahannya :-

  • 1 tin susu cair
  • 5sd besar gula
  • 4 sd besar tepung kastard
  • 1 mangkuk air- utk dicampurkan dengan kastard
  • ½ biji kek gulung sederhana saiznya
  • 1 tin buah-buahan campur- asingkan air dan buahnya ( aku campur ngan buah segar & nata )
  • 1 peket agar-agar serbuk
  • 800ml air panas

Cara-cara


  1. Panaskan susu cair dengan gula. Kecilkan api.
  2. Bancuh tepung kastard dengan semangkuk air sejuk. Masukkan bancuhan tadi ke dalam susu cair yang sedang mendidih, Masak hingga betul-betul pekat dan kastard pekat. Tutup api.
  3. Di dalam bekas berasingan, susunkan kek gulung sehingga habis. Kemudian, basahkan dengan air buah-buahan tin.
  4. Masukkan bancuhan kastard td diatas kek
  5. susun buah koktel td diatas kastad
  6. Untuk jeli, larutkan jeli bersama semangkuk air panas. Kacau hingga sebati.
  7. Akhir sekali, tuangkan jeli tersebut di atas buah-buahan dan sejukkan. Bila betul-betul keras, bolehlah dihidangkan. 

besday nenek...

x silap aku, ini first time family belah mak buat besday untuk nenek...mesti best...walaupun x la buat segrand mane..tp mesti leh tepahat dlm hati la...apak ngan pak cik dah atur segalanya...besday nenek kitorang buat kat restoran pak cik...besday nenek ni kitorang buat awal sehari....besday nenek yg sebenarnya 9.10.????...tahunnya aku x berapa pasti...
mesti nenek terharu bile anak,cucu dan cicit ade skali ngan dia mase besday dia...nampak muka gembira nenek...
hadiah....aku x bg ape2 pun...x tau nak bg ape.....sorang je yg bg hadiah...syafiqah...anak apak..dia bg adiah brooch untuk nenek..cantik sgt...
aku bawak kek lapis bumi ngan triffles je kat sane...heheh...malu la..xbrape pandai sgt nak bt triffles tu...tp kire jadik la jugak..nanti leh tgk gambar yg aku attach eh..sesape nak cube gak buat pun bleh..nanti aku bg skali resepinyer...
semoga nenek panjang umur, murah rezeki, diberi kesihatan yg sgt baik dan di beri rezeki yg melimpah ruah...insyallah....
jom tgk gambar2 yg aku amik mase besday nenek ni...tp x brpape byk la...sbbnya makanan yg sedap2 tu membatalkan hasrat aku nak ambik gambar byk2..hehehe...sbenarnya xleh tahan tgk makanan tu...































Wednesday 14 September 2011

beto!!!...oh beto!!!....

sengel sehh...tetiba terminat lak kat actor cute ni..BETO KUSYAIRY...lebih2 lg aku dok melayan citer dia kat astro..giler ahh...yg sedey skali cerite ~~SESUNGGUHNYA~~ raye lepas...sedey giler...

mmg best r dia blakon...gile ko..aku x penah2 add artis kat fb...gile sasau ke hape..aku add dia pulak...lantak r..aku mmg suke dia belakon...


mase tgk cite juvana aritu pun suke gak kat dia....actually suke gak dengar sore dia..ntah la...sedap jer bunyi nyer...pakai susuk buluh perindu ke hape dia ni....sedapjer telinga aku ni dengar...


       walaupun dia dah pun berumahtangga...aku still suke dan nak jd fan dia...mmg gile la hakuni..ni kat bwh ni gambar dorang wedding...same cantik..same padan...comel2 jew...heheh..
 
 


ape2 pun smoge dia success dlm kerjaya yg dia ceburi..bahagia juga dalam berumahtangga..







~~BETO KHUSYAIRY~~

slamat ari raye guys..

lame x membelog...bzkatenye..tah ape yg di bz kan pun xtau la...adesss...byk mende yg nak di pikir...ape2 pun di kesempatan yg dah nak ujung2 syawal ni..aku nak ucap slamt hari raya aidilfitri bt sume yg ter'click' page aku ni ke..apeke...slamatari raye yer...
alamakmasa da time la pulak...time utk balik umah..so next timekite membelog lg eh..
chow guys...

Thursday 25 August 2011

farewell 4 chekgu praktikal..

sok adelah ari terakhir chekgu praktikal kat sekolah ni...sedih gak dah hampir 3 bln dorang join us under unit pendidikan khas...actually x bt majlis grand2 pun..just cikgu ajak budak2 berkumpul dlm kelas...dan bt ucapan sikit2..


ni la cikgu practikal yg aku maksud kan...
yg baju biru ni chekgu noor izanluddin b mazlan...dia ni little bit pemalu...tp bile da lama2 sikit dia ok jer
yg baju hijau tu lak namenye chekgu abdul fatah fahmi b abdul rahaman....sgt senang dengan dia sbb sikap dia yg mudah mesra dan peramah..
dorang ni still pangkat adik2 jer....
ni lak ade la sikit gambar2 yg aku capture utk di simpan jd kenangan...


semoga dia berjaya dlm kerjaya nyer...amin..

Thursday 11 August 2011

10 August 2011 ( my hubby besday )

harini besday en somi yg ke 33...


hepi besday 2 u..
hepi besday 2 u...
hepi besday 2 en somi...
hepi besday 2 u....



semoga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yg baik, dan keluarga yg bahagia...


pergh...siap nyanyi2 lg ngan amsyar...

tengah aritu pegi ke tesco semenyih, ke king's bakery shop...ecece...g mengusha2 cake konon nya..dan terjumpa dan terbeli la cake yg dah di tengok2 tu..ni la dia cake nyer...
ni la dia cake nyer...simple jer..tu tangan si danish...yg dah x sabar2 nak memotong cake..heeh

ni ade lg satu masalah nyer...huis..pose sungguh 
telinga pekerja king yg melayan aku tu....mane x nyer...en somi aku umornya dah masuk 33...tp tgklakat caketu..ade ke patut dia tulis 23..huish sungguh muda en somi ke itu...heheh..takpe la yer b...janji kite dpt celebrate bersame2...

ni la dia wajah2 kesayangan hamba...hehhe..wajah ceria memotong cake..




si permata hati aku pun mengjoin kan diriuntuk meniup sekali cake tu..dia bajet tu cake dia...


xpela syg..next year besday danish pulak tau...

Wednesday 3 August 2011

cameron highlands

cameron highlands (29,30 & 31 July 2011)

sebelum memula story morery..aku nak ucap salam ramadhan buat semua...
actually ari jumaat lepas aku g jenjalan bw family ke cameron highlan...saje la bw amsyar g jenjalan...jarang2 sgt bleh bw dia g jenjalan sebabnya kenkangan waktu dan ketidakstabilan ekonomi kami..
seronok betul dia,mane tidaknya...dia dpt petik strawberry lg..


hihi...xbyk tempat sgt yg kitorang pegi..sebabnya kat sana cuaca x brapenak cni antik...kitorang singgah gak ke butterfly farm..amsyar takut tgk butterly yg agak besar tu...slalu tgk yg kecik2 jer...cepat jer dia nak keluar...amik gambar pun cnak dekat2...


ok la eh..nanti ade mase nak smbung story lg..nak pg meeting plak..
chow babe..

kelebihan bulan Ramadhan

KELEBIHAN RAMADHAN 
 
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya. 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi- 

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi- 

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi- 

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi- 

PENERANGAN HADIS 

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah. 

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. 

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. 

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat. 

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat. 

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924. 

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak. 

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja. 

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi. 

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak. 

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Tuesday 26 July 2011

semalam punye cerita

masa : 8.00am- 6.30pm
hari : selasa
tempat : petrosains,klcc


dan nak dijadikan cerita......
semalam adelah ari outing bebudak khas....lokasi yg dituju adelah seperti diatas..yg bestnyer....pagi semalam aku dah terlewat bangun...dan dah terkelam kabut nak pg kerja..dan ditambah pulak dengan si busy body cik kiah ( bukan name sebenar ) dok nak sound2 aku sbb aku berseluar jeans..betul2 la cik kiah ni..penyebok nak mampos...suke ati aku la...ade aku suoh ko keluar duit beli sluar aku...huhh...x tau ujung pangkal nak sound2 aku la...nak tau cemane dia sound aku....haaa cam ni sound nyer " ei kak,mane boleh pakai jeans gi kerja"...dan dgn muka toye aku menjawab "sy tau la,tp arini kitorang nak keluar....ade lawatan"..dia igt aku ni bongok ke ape,xtau peraturan kerja kerajaan...wooi kiah ( bukan name sebenar ) shuh..shuh..p main jauh jauh..meluat aku tgk muke ko ni..phuiiii...


berbalik pada cerita sebenar...
kitorang bertolak ke stesyen komuter bangi kul 8...dan yg besh nyer tren delay lak...3 tren lak tu delay..maknenye hampir 45min tekandas...ce tengok muke sedih bebudak nih
kesian kat dorang...ni sebahagian jer...yg lebih nyer pun camni la keadaannyer...patut nyer dalam perancangan kul10.30 da ade kat petrosains...ni 10.45 masih di kl sentral nak tukar lak naik lrt...sampi klcc hampir 11.30...ce tengok lak muke2 bebudak ni...ade sinar gamaknyer...heheh
kitorang pun berkejar-kejaran la sbb nak on time..tp xleh gak ler..sbb mmg dah lambat...haduih lenguh kaki ku ini....kat sini aku rasa sgt la bagus nye...baik utk kanak-kanak dan juga yg dah xde title kanak-kanak lg...heheheh....ce tgk lak gambar2 kat bawah nih..









seronok giler kat dlm tu..byk benda kite bleh dpt tau..hmmm...tp ape kan daya...mase x mencukupi....hehehe  kitorang turun paling akhir sekali...huuhuuhu tgk cikgu din main mende ni sebenarnya...tp kitorang komplot ckp beratur panjang mase nak turun..hehe ade aku kisah...
sbnrnya kisah gak...sbb perut dah berirama hiphop dr pagi x mkn ape2....lapar gile...ce tgk lak gambar dorang sebelum mkn...hihi...kesian dorang...masa blkdorang patut nyer selewat-lewatnya kul 3 ptg tp disebabkan delay kitorang smpi kt kfc kl sentral kul 3.30....mkn laju-laju walaupun x kenyang...mengejar lak komuter takut lewat...cehhhh delay jugak tren....dr kul 4.15 smpi kul 5 lbh tunggu tren...bayangkan je la kepadatan manusia kat dlm tren tu...huuuishhh mcm2 bau ade...
akhirnya hampir pukul 6 smpi kat komuter bangi...dan ade lg satu masalah pulak yg menimpa..kat stesyen tu x pulak disediakan lift...terpaksa kitorang mengankat sorang budak yg ber wilcha tu...ce tgk gamba nih
penat tau...ni la dia kekurangan yg ade kat sesetengah station ktm...mase kat klcc senyum jer la sbb ade kemudahan utk OKU...
ok la dear...perut da lapaq ni...aku nak chow dlu..p isi mane yg patut..